cursor

Thursday, 22 March 2018

Degree Life...

         Bila dapat rezeki sambung kat Palam ni rasa macam happy la sebab dekat dengan rumah, kannnnn so senang la. Tapi tu la ibu lebih prefer aku amek part time, ibu nak suruh kerja dulu. Biar belajar ada duit sendiri tapi ayah la nyebok nak suruh amek full time. Hhahaha sorry yahhh.

        Bila dah kat palam ni tuhan duga kita banyak benda jugak. Tuhan bagi ujian sebab dia sayang kita kan kan kan. Aku percaya apa yang dah jadi ada hikmah tersendiri. Yang penting aku kena banyak bersabar. Paling penting muhasabah diri dulu….hmmmmm.

       Bila dah masuk sini wahhhh totally life different gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Skema terukkkkk. Mana  ada nak lepak cam kat Bangi dulu pi night movie la, p.jaya la, roller blade, karok, reko, study café. Manadaaaaaa lain gila life kat sini. Hahahahah. Tak macam sekarang, lepas balik kelas terus pi library sensorang buat notes and assignment. Aku bukan lonely mana pun tapi selesa la cara macam ni. Lagipun me the only one yang stay luar yang lain stay kolej. So kena la tabah bawak diri. #KitaOk

       Bagi aku setiap orang yang hadir dalam hidup kita mesti ada sebab tuhan hadirkan seseorang tak kisah lah kawan ke, buah hati ke kesayangan ke apa en. Mereka ajar sesuatu dalam hidup kita sebenarnya. Ni apa yang aku perasan. Bila bukak mata sebesar besarnya mereka ajarkan  kau lebih matang dan satu pengalaman yang besar dalam hidup…. Fuhhh ayattttt. Hhahahaha takk ni seriesss. Anddddddddddd hidup kita ni memang ada kalanya kat atas ada kalanya kat bawah. And kifarah is reallllllllll. So jangan kita buattt oranggg sebab nanti kena kat diri sendiri. Aku dah rasakan kifarah tu :’)

      Time SEM 3 seronok sangattttttt sebab life kat U ni memang seronok la sebab banyak aktiviti. Subjek pun tak berat sangat. Program pun banyak best. Dapat buat CSR kat rumah anak yatim. Haih sebak terukk bila nak taip pasal diorang ni, hati ni lemah sungguh. Bila sampai je rumah tu rasa macam Ya Allah luluhnya hati, diorang kecil lagi tapi dah takde mak ayah :’) ada jugak yang anak tak sah taraf. Seronok sangat dpat bagi diorang happy. Teringat time sekolah dulu pernah join aktiviti macam ni, buat sukaneka kat diorang. Kenapa la aku ni cepat betul nak berayaq ayaq mata. Takleh tengok orang tua yang kerja kat petrol pam yang jual keropok ikan tu. Sebakkk sangat sebab for me diorang dh boleh rehat kot anak anak manaaa??? Hmmm

        Ada satu part paling aku ingat the moment when presentation subjek mgt. Kena bash teruk dengan madam sebab tak prepare well and badan still penat yelah semalamnya baru lepas perform teater. Dah la malam tu aku royan kat tepi jalan sebab takde transport nak balik kolej yela malam malam bas jarang ada lalu. HAHAHAH. aku main tegur je memana lalu saja nak ngusik pakwe2 yang cycling and naik motor hahahahah sampai kawan sendiri malu ada kawan perangai asyik nak masuk air. HAHAHAH. Mau tak royannnnn kereta aku kena CLAMP :') okay then masa present tu aku ada cakap macam ni "kita perlu maafkan orang kalau hati kita nak tenang"  lepastu madam jawab "you should mintak maaf kat diri sendiri sebab this is all about your marks" ADUH HAHAHAH SE DAS kena.  Okay this is one of the moments takkan ku lupakan. 

          Then time SEM 4 pulak, hahahaha pasal kerusi dalam kelas patah. K dah diam. Hahhaha lelepas tu aku tekad nak kurus. Anddddd I lost 5 kg. and now 46kg . Aku kalau dah tekad memang buat bebetul. Alaaa lagipunnn. Kerusi tu dah nak patah sebab kaki bengkok. Malu dia ya tuhan maluuuu gilaaaa. Dah la dak laki pandang pastu muka terus alih tempat lain acah tak tengok hahahahaha. Then sem ni kita kena belajar berdikari la, sakit ke demam sampai menggeletar ke semua settle sendiri. Jumpa Doktor semua biar sendiri settle. Ajar diri jangan rely on people sangat. Even nanti kalau dah ada encik somi pun jangan rely on him sangat. Ewahhhh cik somi gitchewwww hahahaha. Nak nak pulak time final depress teruk, tuhan duga lagi.. and I was like jangan la result drop. 

           Finally, I just proved to myself, Im actually an independent girl and I got the best for myself. Subject yang selalu ku kata susah susah tu dah ku buktikan and dapat a. Mau taknya depresssss terukkk sangatt final haritu.  Syukur sangattt, boleh katakan hampir sebaldi dah air mata aku jatuh maybe sebab minum air masak banyak sangat kot hahahahahaha. Terima kasih sangat kat orang yang bagi semangat ajarkan la and tak lupa juga kat orang yang selalu ws bagi kata kata semangat and wish non stop then call kejutkan suruh study pagi buta. Memang habit suruh call kejutkan ni dari dip lagi padahal boleh je set jam, Saja ngada ngada hahahah. Terharu sangatttt. Tapi tula soal hati ni kita takleh nak paksa kan. Aku doakan dia dapat perempuan yang boleh terima dia seadanya and sayang dia sepenuh hati woowwww..

         Then, during sem break, selalu gelisah sebab asyik fikir macam mana la sem 5 nanti, ibu ayah dah suruh ulang alik rumah, boleh ke hari hari nak ulang alik rumah, lepastu selalu fikir macam mana dengan assignment, takut kawan yang lain tak selesa kot sebab aku ni jauh la kan.  Then takut kot kot kereta buat hal taktau nak berharap kat siapa. Dengan ibu kerja kt perak, ayah kerja jauh, along pun kerja jauh ;’) nak harapkan kengkawan pun memasing ada komitmen memasing.

        Banyak benda aku fikir. Sampai satu hari time tengah kemas rumah sambil mata berayaq sambil tu dengar radio sinar, dj dia ada cakap kat segment apa entah. “ Imam ibn Qayyim menyatakan janganlah  kita terlalu takut memikirkan apa yang akan nk jadi pada masa hadapan kita. Sebabnya tu semua urusan Allah. Allah dah aturkan semuanya kat semuorang. Cumanyaaa, kita kena cari Redha Allah” anddddd aku terdiamm and tenang sikit tapi tulaaaa. Aku hamba yang banyak khilaf :’)

Then, sekarang SEM 5 tengah busy nak cari tempat intern. Harapnya dapat yang dekat and dipermudahkan segala urusan kita semua. And sem ni we need to play with subject Law again :’) and time konvo degree dah pakai braces hehe sebab first step dah buat. Okay byeeeeeee diary. ANDDDDD PLEASE LETS WE CREATE SWEET MOMENTS BEBANYAK AND ALWAYS SPREAD THE LOVE NO HATES. REMEMBER THIS. ALWAYS BE KIND TO EVERYONE. OKAY BYE