cursor

Thursday, 22 March 2018

Degree Life...

         Bila dapat rezeki sambung kat Palam ni rasa macam happy la sebab dekat dengan rumah, kannnnn so senang la. Tapi tu la ibu lebih prefer aku amek part time, ibu nak suruh kerja dulu. Biar belajar ada duit sendiri tapi ayah la nyebok nak suruh amek full time. Hhahaha sorry yahhh.

        Bila dah kat palam ni tuhan duga kita banyak benda jugak. Tuhan bagi ujian sebab dia sayang kita kan kan kan. Aku percaya apa yang dah jadi ada hikmah tersendiri. Yang penting aku kena banyak bersabar. Paling penting muhasabah diri dulu….hmmmmm.

       Bila dah masuk sini wahhhh totally life different gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Skema terukkkkk. Mana  ada nak lepak cam kat Bangi dulu pi night movie la, p.jaya la, roller blade, karok, reko, study cafĂ©. Manadaaaaaa lain gila life kat sini. Hahahahah. Tak macam sekarang, lepas balik kelas terus pi library sensorang buat notes and assignment. Aku bukan lonely mana pun tapi selesa la cara macam ni. Lagipun me the only one yang stay luar yang lain stay kolej. So kena la tabah bawak diri. #KitaOk

       Bagi aku setiap orang yang hadir dalam hidup kita mesti ada sebab tuhan hadirkan seseorang tak kisah lah kawan ke, buah hati ke kesayangan ke apa en. Mereka ajar sesuatu dalam hidup kita sebenarnya. Ni apa yang aku perasan. Bila bukak mata sebesar besarnya mereka ajarkan  kau lebih matang dan satu pengalaman yang besar dalam hidup…. Fuhhh ayattttt. Hhahahaha takk ni seriesss. Anddddddddddd hidup kita ni memang ada kalanya kat atas ada kalanya kat bawah. And kifarah is reallllllllll. So jangan kita buattt oranggg sebab nanti kena kat diri sendiri. Aku dah rasakan kifarah tu :’)

      Time SEM 3 seronok sangattttttt sebab life kat U ni memang seronok la sebab banyak aktiviti. Subjek pun tak berat sangat. Program pun banyak best. Dapat buat CSR kat rumah anak yatim. Haih sebak terukk bila nak taip pasal diorang ni, hati ni lemah sungguh. Bila sampai je rumah tu rasa macam Ya Allah luluhnya hati, diorang kecil lagi tapi dah takde mak ayah :’) ada jugak yang anak tak sah taraf. Seronok sangat dpat bagi diorang happy. Teringat time sekolah dulu pernah join aktiviti macam ni, buat sukaneka kat diorang. Kenapa la aku ni cepat betul nak berayaq ayaq mata. Takleh tengok orang tua yang kerja kat petrol pam yang jual keropok ikan tu. Sebakkk sangat sebab for me diorang dh boleh rehat kot anak anak manaaa??? Hmmm

        Ada satu part paling aku ingat the moment when presentation subjek mgt. Kena bash teruk dengan madam sebab tak prepare well and badan still penat yelah semalamnya baru lepas perform teater. Dah la malam tu aku royan kat tepi jalan sebab takde transport nak balik kolej yela malam malam bas jarang ada lalu. HAHAHAH. aku main tegur je memana lalu saja nak ngusik pakwe2 yang cycling and naik motor hahahahah sampai kawan sendiri malu ada kawan perangai asyik nak masuk air. HAHAHAH. Mau tak royannnnn kereta aku kena CLAMP :') okay then masa present tu aku ada cakap macam ni "kita perlu maafkan orang kalau hati kita nak tenang"  lepastu madam jawab "you should mintak maaf kat diri sendiri sebab this is all about your marks" ADUH HAHAHAH SE DAS kena.  Okay this is one of the moments takkan ku lupakan. 

          Then time SEM 4 pulak, hahahaha pasal kerusi dalam kelas patah. K dah diam. Hahhaha lelepas tu aku tekad nak kurus. Anddddd I lost 5 kg. and now 46kg . Aku kalau dah tekad memang buat bebetul. Alaaa lagipunnn. Kerusi tu dah nak patah sebab kaki bengkok. Malu dia ya tuhan maluuuu gilaaaa. Dah la dak laki pandang pastu muka terus alih tempat lain acah tak tengok hahahahaha. Then sem ni kita kena belajar berdikari la, sakit ke demam sampai menggeletar ke semua settle sendiri. Jumpa Doktor semua biar sendiri settle. Ajar diri jangan rely on people sangat. Even nanti kalau dah ada encik somi pun jangan rely on him sangat. Ewahhhh cik somi gitchewwww hahahaha. Nak nak pulak time final depress teruk, tuhan duga lagi.. and I was like jangan la result drop. 

           Finally, I just proved to myself, Im actually an independent girl and I got the best for myself. Subject yang selalu ku kata susah susah tu dah ku buktikan and dapat a. Mau taknya depresssss terukkk sangatt final haritu.  Syukur sangattt, boleh katakan hampir sebaldi dah air mata aku jatuh maybe sebab minum air masak banyak sangat kot hahahahahaha. Terima kasih sangat kat orang yang bagi semangat ajarkan la and tak lupa juga kat orang yang selalu ws bagi kata kata semangat and wish non stop then call kejutkan suruh study pagi buta. Memang habit suruh call kejutkan ni dari dip lagi padahal boleh je set jam, Saja ngada ngada hahahah. Terharu sangatttt. Tapi tula soal hati ni kita takleh nak paksa kan. Aku doakan dia dapat perempuan yang boleh terima dia seadanya and sayang dia sepenuh hati woowwww..

         Then, during sem break, selalu gelisah sebab asyik fikir macam mana la sem 5 nanti, ibu ayah dah suruh ulang alik rumah, boleh ke hari hari nak ulang alik rumah, lepastu selalu fikir macam mana dengan assignment, takut kawan yang lain tak selesa kot sebab aku ni jauh la kan.  Then takut kot kot kereta buat hal taktau nak berharap kat siapa. Dengan ibu kerja kt perak, ayah kerja jauh, along pun kerja jauh ;’) nak harapkan kengkawan pun memasing ada komitmen memasing.

        Banyak benda aku fikir. Sampai satu hari time tengah kemas rumah sambil mata berayaq sambil tu dengar radio sinar, dj dia ada cakap kat segment apa entah. “ Imam ibn Qayyim menyatakan janganlah  kita terlalu takut memikirkan apa yang akan nk jadi pada masa hadapan kita. Sebabnya tu semua urusan Allah. Allah dah aturkan semuanya kat semuorang. Cumanyaaa, kita kena cari Redha Allah” anddddd aku terdiamm and tenang sikit tapi tulaaaa. Aku hamba yang banyak khilaf :’)

Then, sekarang SEM 5 tengah busy nak cari tempat intern. Harapnya dapat yang dekat and dipermudahkan segala urusan kita semua. And sem ni we need to play with subject Law again :’) and time konvo degree dah pakai braces hehe sebab first step dah buat. Okay byeeeeeee diary. ANDDDDD PLEASE LETS WE CREATE SWEET MOMENTS BEBANYAK AND ALWAYS SPREAD THE LOVE NO HATES. REMEMBER THIS. ALWAYS BE KIND TO EVERYONE. OKAY BYE

Mistake...



           Time study kat Bangi dulu banyak beno story, banyakk manisss pahitttt, kelat dan seangkatan dengannya. Mana yang manis kita amek buat hiasan kat hati mana yang pahit buat pengajaran untuk diri sendiri sampai bila bila. Don’t make the same mistake twicely dearself. Jangan jadi bodoh cukup cukup lah jadi bodoh. Hahahaha. 

          Dah la awal semester tuhan duga benda yang berat, aduhh gentle berat. Tapi aku yakin tu semua ada hikmah.  Sampai result sem satu kantoi ada satu paper fail :’) Time dapat result tu mata non stop berayaqqqqq sebab takut mara tak cover .. hahahaa

         Bila carry paper tu time sem 2 Alhamdulillah everything went well. Baru tau farr ni tak bodoh sangat pun cuma kena letak extra effort. Yang penting jangan malas. Tapi aku tetap malas hahahaha. Tapi rajin jugakk eh eh eh . 

          Naik sem 3,4,5 alhamdulillah meningkat. Tapi tu la ingat lagi sem 5 masa amek subjek investment, ya tohannnnnnn, awal awal dah give up sebab rasa susah dengan lecturer yang phyco nak mampussss hahahaha,.. tapi end up alhamdullillah I achieved it hehehehe. Rupanya kena selalu buat latihan anddddd ingat segala formula and step dia :’) Cuma takleh nak move on dengan financial analysis padahal tak susah mana pun cuma entahla awat bengap sangat takleh nak score. Hmmmmmm eceh macam lah score sangat subjek lain hahahahahahaha. Poyo ah farr

Tetiba Teringat...


Hai dearself.

Hahahaha it has been a very long time tak update blog. Series rindu nak taip blog nak luahkan apa apa yang kebanyakkannya tak penting. Huhuhuh. The purpose post story pasal diri sendiri bukan sebab nak attention ke apa, tapi sebab memang suka taip panjang panjang pastu nk luahkn something. Blog ni sekarang orang tak main sangat. Tak macam dulu, sebab dulu ramai ada blog pastu luahkan pape pasal boyfie ke crush kea pa ke en. 

Sekarang ni mana dah. Tapi aku kesah apaaaa nak post jugak. Hahahahaha. Japppp, aku tetiba teringat sampai la sekarang ada orang tu post kat blog dia kata aku ni bakal ahli neraka hahahahahahah okay sumpah aku ingat lagi. Hmmmm siapa dia nak cakap orang macam tu. Kan kan kan. Well maybe time tu semua tak matang lagi kan, so kita maafkan jela dia kan. Okay sis dh move on hahahahaa.

Dulu ibu selalu pesan, biar la orang buat kita tapi jangan kita buat orang, janji belajar rajin dapat kerja bagus biar dia terkejut tengok kita. Ibu pun selalu pesan, biarlah jadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain, yang menyenangkan orang lain. Banyak benda ibu pesan same goes to my lovely ustazah. :’) gentle rindu sazah sangat, sampai sekarang ingat lagi pesanan sazah sampai sekarang. 

The way sazah peluk tu sambil bagi pesanan tu sampai sekarang ingat lagi moment tu. Dah la time sekolah dulu hahahahaha lawaklah klau nak di throwback balik. Macam bodoh nak mampussss sebab pernah cat walk depan library dengan intan and fara pastu gelak kuat kuat dah la bebudak sesi petang tengah exam, pastu ada la satu cikgu ni panggil kitaorg pastu bagi kertas tindakan disiplin. Hahahahaha. Kena jumpa cikgu disiplin.. pastu aku lupa kena tindakan apa.

Pastu adalah satu cikgu tu bagi pesanan kat fb suruh jaga diri bebaik, saya tahu awak tu ramai orang kacau, ingat pesanan saya sampai bila2. Siap bagi dalil dalil hadith semua. Nasiblah time sekolah adalah ex yang baik hati teman kita balik sekolah sesame jalan kaki hantar sampai area rumah konon jadi body guard kan. Hahahahahaa. Tapi aku tak percaya cinta zaman sekolah srs cinta monyet. Kbye

Monday, 20 February 2017

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum.

             Yay harini tetiba mood macam nak menaip. hehehe padahal takde niat pun nak update entry.
Okay kalini just nak update pasal my studies. Alhamdulillah Allah bagi rezeki aku sambung belajar. Anddddd Alhamdulillah dapat dekat dengan rumah. Jimat kos gitchewwww lol. Harapnya gitu la kan. Setelah cuti lama since habis diploma ni now my time to persue study pulak. Harapnya bila sambung ni, tak seteres macam time diploma dulu. nak chill je nak enjoy study. and dalam masa yang sama having fun. Malas dah namau dah sedih sedih. Setegheh gila wehhh. Malas nak bgtau sebab apa sebab biarlah rahasiaaaa.

          Time isi penerapan uitm haritu my first choice aku memang aku letak islamic banking. Aku buntu gila taktahu nak amek mana, Course mana yang bebetul yg sesuai dengan aku pun aku taktahu. Bukan apa time sekolah tak pernah expect ambil pasal bank ni semua. Sebab aku minat more to hosting hehe minat nak jadi pembaca berita weh. Haaaa tu yang aku nak jadi. Aku rasa la kan mostly rancangan tv diorang serap host host through reality program. Macam Nona Manis so on.

         Tapi takpe aku percaya pada rezeki tuhan nak bagi, as long dapat kerja syukur. Ibu aku selalu pesan percaya dengan rezeki walaupun apa jua keadaan ekonomi, sebab setiap orang tu ada rezki diorang memasing, so kita ni just usaha and tawakal. Benda tuhan nak bagi memang jadi kan. Dalam masa yang sama kena banyak berdoa.

         Dannnnnn Alhamdulillah yang first choice penerapan tu aku dapat. Degree in islamic banking. Dulu time diploma ambil yang conventional punya. Sekarang ni ambil yang islamic. Kiranya dari A-Z follow shariah compliance. Dannnnnn kampus yang aku dapat dekat uitm puncak alam. mhehehehe. okbye tq

Wednesday, 18 January 2017

FINALLY!

 Assalamualaikum,


Ya Allah rindu tak terkata aku dengan blog kesayangan aku ni. Banyak dah plan nak update new entry tapi busy punya pasal and macam-macam lah sebab dia. 

Alhamdulillah dengan izin Allah aku tamat pengajianku di peringkat Diploma ni haaaa. Haaaa baru diploma yang kebanyakannya orang pandang sebelah mata ni haaa. Jangan cakap macam tu tau nak grad diploma ni bukan mudah macam-macam halangan, dugaan dan pengorbanan huhuhu. Apa apa pun aku tamat belajar as dalam surat dalam tawaran belajar iaitu 2 tahun setengah(no intern). Syukur Alhamdulillah

Dulu aku pernah terasa yang aku macam kena extent je. Haa time tu baru sem 1 dah cakap macam tu. Bak kata pepatah belum berperang dah mengaku kalah. hewhew. Sem 1 dulu tak serious sangat belajar, asyikkkkk lemah je. Tau nak cecantik je hahahahahahaha tau nak suka senior je. Well senior banyak ngorat junior kan hahahahaha.

Macam macamlah dugaannya sepanjang dip ni. Lelagi time sem 1. Allahu, tuhan saja yang tau macam mana perasaan aku time tu. Rasa muda lagi nak di uji macam tu. Mana kuat nak hadapi semua tu. Tapi aku percaya semua tu ada hikmah.

Soooo  bila result sem 1 aku jatuh, tekanan emosi and etc diuji pulak time waktu nak final. and yesss result sem 1 tak memuaskan. Sedih dia ya Robbi. Yelah kita ni dah la under tajaan mara, macam2 boleh jadi. Mara taknak bayar pengajian baru padan muka haaa ahahaha.

Then, bila naik sem 2. Azam and prinsip yang teguh aku letak dalam diri, No no no malas and kena rajn usaha. Aku ni bukan yang jenis cepat pick up and kena banyak effort, kena kerja lebih to get understand apa yang diaajar. Yela certain people cepat tangkap kan apa lecturer ajar kan. Tapi aku ni bukanla  kategori yang lembab gila tu. Umm then aku letak prinsip 'I need to get atleast B please jangan ada C'(prinsip spm dulu). Sebab bila ada c spoil dia ya tohannn cgpa pun senang turun kan. Tapi kan mana subjek yang aku blur macam Accounting, Financial Analysis dapat luluih atas pagar  pun cukup syukur. hehehehe. 

Sem 3,4,5 Alhamdulillah makin meningkat. Biar lah apa orang nak cakap apa kat kita. dengki je semua tu. Padahal kita tak pernah nak kacau life diorang takde pun mintak duit bila takde duit, Sebab aku  memang jenis tak suka meminjam or mintak duit orang selain family.

Then bila aku sangat particular pasal assignment. Sejujurnya aku kurang minat group assignment. Susah tau. Lebih bagus and senang nak buat kalau individu assignment. annndddd aku tau ada yang cakap aku ni KALUT bila group assignment. Umm cukuplah sem 1 punya assignment tunggang langgang last minute bagai. Paling aku teringat time assignment HR, senior ni buat report pun entah macam apa, lol. Buat report pakai point. At last aku pulak nak kena edit balik report tu. Nasib baik la aku ada tulang belakang kan( hahahaha) yang selalu bagi semangat and suruh bersabar. And tulang belakang tu la yang tolong submit and print semua kerja tu and bayar sekali tau. 
Padahal dia takde kena mengena pun dengan assignment tu. Dah la cerita lama saje je nak luahkan benda yang terpendam sekian lama huhuuhu.

Then benda yang aku teringat kata kata seseorang ni 'eee hari hari jumpa tak naik bosan ke" aku keluar rumah pun bukan pakai duit minyak,etc ekau pun,, Menyebok je. Aku banyak keluar mostly pergi study buat assignment or any homework. okay? Kadang tu pelikkan orang yang spesis macam ni. Dia tu pun patut sedar diri dia pun macam mana dengan pakwe dia tu ha. upss over pulak aku taip ni. hahahaha.

Benda yang aku suka sangat bila nak balik Bangi sambil bawak bekal then singgah mid then makan, pusing pusing dulu perabih duit sikit. Then bila parents wasep dah sampai belum kata dah sampai padahal still dalam train. jhahaha. Pastu port baik selalu datang ialah mcd la. Situ lah tempat yang kononnya murah kalau nak compare cafe lain utk buat kerja. Sampai satu tahap bag kertas mcd tu simpan then bila datang lagi takyah beli sebab cover pakai bag kertas tu je then letas atas meja. hhahahahaha. So takde la kita duduk2 kosong without beli pape. ahaha Pecah dah rahsia ni. Tapi jujur cafe yang best buat kerja dekat gloria jeans cafe, cofee and reader's heaven and zawara. Tempat tu memang chill. Biarlah orang kata apa janji keja or any homework settle. Then kalau tak asyuk tu yang cari library ukm takpun library awam. hahaha

Then aku jenis tak boleh study kat rumah sewa aku tu, meja study aku atas katil. Kalau kat umah mood nak study hilang terus, tapi kalau sikit2 boleh la, yelah studynya atas katil nampak bantal. Dah nampak bantal mula lah ngantuk. hahaha.  Nasib baik la ibu aku faham kenapa aku payah study kat rumah, sebab rumah tu macam apa entah.

Kalau nak cerita satu satu banyak sangat storynya. Banyakk sangatttttttt, tak larat dah jari jemari ni nak taip huhuhu. tapi kan Alhamdulillah syukur sangat kira aku dapat apa yang dah ku target at my last sem. Yelah bukan perkara yang senang kot nak naikkan cgpa kalau satu sem dah pernah jatuh. Even gpa sem 5 tak capai as targeted tapi cgpa capai. Alhamdulillah. Then now just tunggu result kemasukan degree,. Kalau dapat InshaAllah pergi kalau tak dpat baru nak terkinja kinja apply kerja. So buat masa ni jadilah dulu pembantu rumah tangga. hahahah sadis forever alone. hmm maaflah ye kalau ada tak suka kata kata dari entry ni. minta ampun ya. Moga ketemu lagi ya dalam entry baru (macamlah ada orang nak baca) hahaha
okay bye bye DIPLOMA PENGAJIAN PERBANKAN uitm-kptm


My classmates tercintah section 19.94

My housemate tercintah.


(konon the best of 6)
                                                                                                        


                                                                                                             -luahan hati si Loner


THANKYOU 

Thursday, 9 June 2016




DENGAN INI SAYA, SITI NUR FARRAHIN BINTI ZULKAPLI INGIN MEMINTA MAAF KALAU ADA SAYA BUAT SALAH SILAP, HA SENANG CERITA SEGALA KESILAPAN DARI TANAH HINGGA KE LANGIT 7. KALAU TERKASAR BAHASA MAAF KAN SAYA. INSHAALLAH AKAN DIRIKU UBAH SIKIT DEMI SEDIKIT AKAN PERANGAI BURUKKU.

DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH ALLAH  MASIH MEMPERTEMUKAN DIRIKU DENGAN RAMADHAN 2016 INI. BOLEH KATA SETIAP TAHUN AKU AKAN CAKAP 'ALLAHU AGAKNYA TAHUN DEPAN MASIHKAH AKU BERTEMU BULAN MULIA INI LAGI'. DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH ALLAH MASIH MEMBERI PELUANG TERSEBUT. 

SEMOGA AKU DAPAT MANFAAT BULAN TERSEBUT DAN TERUS PERBAIKI AMAL IBADAH. AMIN.


Friday, 22 April 2016

Hi assalamualaikum guys, 

It has been a long time aku tak update my blog kesayangan ni. Hehehe. Bukan apa busy sangat. My purpose aku update blog ni nak cerita pasal pengalaman kerja as part time promoter kat satu mall ni. Take over bahagian pakaian dalaman wanita.

Banyak sangat kenangan manis, pahit pun ada. Then something I really can’t deny, kerja promoter ni penat sangat sesangatttttttttt. Well orang cakap nak cari rezeki memang penat tapi tu ah cabaran dia kan. Tapi aku punya penat dia lain macam, dah lah terikat dengan peraturan. Tau tak aku kena cek satu badan sebelum masuk mall tu. Raba atas bawah hahahahahaha nasib yang cek tu nasib perempuan, then makcik tu awal awal kerek tapi lelama okay. Diorang cek sebab taknak semua pekerja bawak phone and makanan time kerja. EEeeee bencinya, TAK SUKA! Pastu kan aku ni kan jenis minum air kosong kuat, nak bawak botoi pun kena botoi hat putih transparent tu je. Mengada ngadanya. Aku sesangat tak suka procedure dia kat sini.

Lelagi time nak pi solat, kena pi senyap senyap time kerja sebab memang ada time rehat je boleh keluar. Ni akan berlaku kalau aku buat ‘FULL’ means dari pukul 10 am – 10 pm. Amekaw 12 jam aku kat mall tu.  Bosannnnn weh. Lepastu kan bila dah kat tempat aku tu means time aku tengah kerja. Kita tak boleh duduk langsung. Tapi aku ada jugaklah curik curik duduk, tu pun kat lantai, tapi mata kena pandang 360 kau, sebab ada je supervisor akan datang tengok pekerja2 kat sini.

Ada satu masa tu kan, duduk kat lantai tau sambil cover badan dengan almari barang. Oooo mak kau opocot supervisor tu datang tetiba pastu cakap “bangun dik bangun” hayyyaaaa malunya. Sambil ketuk meja almari tu. Tapi nasib tak kuat dia tegur. Hehehehe.

Hmmmm, tu je lah nak cerita. Banyak lagi sebenarnya nak diceritakan tapi malas nak taip punya pasal. Hahaha lol ok bye. Wait for the next entry ya bye! Jap tapi Alhamdulillah aku syukur even banyak dugaannya bila jadi part time promoter ni, sikit banyak ajar aku tak berharap sangat dari atas hingga bawah mengharapkan duit ibu and ayah. Memang banyak benda ajar aku jadi lebih berdikari. Okay bye qutipie



(KENANGAN)


(Paling rindu masa aku last day, ada yang belanja makan pastu masa last sekali diorang kiss aku habis tudung aku penuh litip, Ya Allah rindu time camni) BYE AWEKS. 
Jujur sesangat aku paling selekeh gilaaa eeeeeeeeeeee burok haha bye

*Kesian makwe 2 orang tu muka dia dibungakan aku . Lol